Simpulan & Ikatan

SIMPULAN DAN IKATAN

BUKU SILA
Kegunaannya : –
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula


 

BUNGA KETI
Kegunaannya : –
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal


 

BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : –
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.


LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : –
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya


 

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : –
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.


 

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman’s Knot)
Kegunaannya : –
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin


 

SIMPUL PULIH
Kegunaannya : –
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh


 

LILIT BALAK
Kegunaannya : –
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak


 

 

TINDIH KASIH
Kegunaannya : –
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga


 

SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Kegunaannya : –
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai


 

LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : –
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah