Majlis Pengurniaan Bintang Dan Pingat PPM                               

Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) serta Sijil Pengakap Raja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah berlangsung dengan jayanya di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 25 Julai 2016.

Penerima Bintang Semangat Rimba Perak dari PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Institusi Pengajian Tinggi adalah:

  • Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, mantan Yang Dipertua Majlis Pengakap KLKM
  • Brig. Jen. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin bin Hussin, Ahli Majlis Pengakap Negara
  • Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM.

Bintang Semangat Rimba Perak adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap. Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang daripada PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Institusi Pengajian Tinggi pula adalah:

  • Datuk Haji Habib Zam Zam bin Haji Ab. Latiff, Ahli Majlis Pengakap Negara
  • Tuan Haji Ibrahim bin Ali, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri KLKM.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpinbertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan Kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.